Sunday, March 28, 2010

Tip & Petua

Baju Baru Tahan Lama dan Tidak Luntur 

Baju yang baru dibeli jangan terus gunakan/ pakai dan jangan sesekali mencucinya menggunakan serbuk pencuci sebaiknya rendam baju tersebut dalam air bersih (tanpa apa-apa bahan pencuci) selama semalaman sekurang-kurangnya 12 jam. Esok pagi jemurlah baju tadi dengan menterbalikkannya iaitu bahagian dalam berada di luar. Jemur selama 4 jam kemudian angkat sangkutkan ditempat terlindung. Petang nanti cuci lah baju tersebut dengan bahan pencuci. Keringkan dan jemur pada waktu malam. Esok pagi sudah boleh pakai.


Melembutkan Daging Kerbau ( masak dalam kawah)

Ambil 6 helai daun nangka yang bersih masukkan / campurkan ke dalam daging yang sedang di masak. Bila daging sudah lembut daun tadi hendaklah dibuang. Selain daun nangka sudu juga boleh digunakan bagi tujuan di atas.
 

Menangkap Udang Galah
Ambil sehelai stokin panjang perempuan (sarung kaki nipis). Kikis menggunakan pisau atau apa saja yang boleh menyebabkan stokin kelihatan berbulu. Masukkan belacan yang telah digoreng bersama ubi kayu / biji getah dipecahkan ke dalam stokin(sebagai umpan).Biarkan beberapa lama dalam air/sungai yang mempunyai udang galah kemudian angkatnya perlahan-lahan. Anda akan mendapati udang tersangkut pada bulu stokin tadi. Mudah kan.


 

1 comment: