Sunday, January 31, 2010

Yusof Yunus kini bergelar Datuk

TAHNIAH diucapkan kepada saudara Yusof Yunus kini bergelaran Datuk
Sepanjang berkenalan dan berkawan dengan beliau selama 37 tahun baru kini dia mendapat gelaran tersebut.
Sedikit info berkenaan anugerah yang diperolehi :
Tarikh : 22 Januari 2010 (Hari Jumaat)
Masa : 2.40 am
Berat :3.57 kg
Tempat : Hospital UKM KL
Penyampai anugerah :  Muhamad Danis Yusuf  B. Mohd Nor Azamudine
Siapa dia : CUCU sulong yusof ler tu ..... siapa lagi
Kegembiraan dan keseronokkan serta senyuman diwajah Datuk tidak terhingga dengan gelaran tersebut mau tak tidur malam dibuatnye ... maklum ler ... 
....... .... jaga CUCU katakan. 
Jangan jangan saudara yusof akan kerap ke Kuala Lumpur nanti 
Al maklum ler ... rindu dengan cucu ............
Semua Ahli Alumni SMVP Chenor tahun 1973/74 mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS diatas anugerah ALLAH kepada saudara Yusof dan isteri serta anak dan menantu.

Wednesday, January 27, 2010

Cerita Cita

Kita selalu fikir tentang cita-cita, ada banyak yang dicita-citakan pada diri setiap manusia. Kita juga selalu angankan bermacam perkara, cuma sejauh manakah angan dan cita-cita itu menjadi kenyataan...??

Sunday, January 24, 2010

Tunku Ibrahim dimasyhur

Sultan Ibrahim Ismail dimasyhurkan sebagai Sultan Johor kelima di Istana Besar di sini, semalam, menggantikan ayahandanya, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat di Hospital Pakar Puteri, kelmarin.
Sebelum itu, pada jam 10.15 pagi, Sultan Ibrahim Ismail yang dilantik sebagai Pemangku Raja petang kelmarin, mengangkat sumpah sebagai Sultan Johor kelima di hadapan Abdul Ghani, barisan Exco kerajaan negeri dan jemaah pangkuan negeri. 
Jenazah Almarhum Sultan Iskandar yang diletakkan di dalam pedati berkenaan ditarik lebih 30 askar TSN dengan diiringi 78 das tembakan menuju makam diraja yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Istana Besar.

Turut mengiringi pedati berkenaan, Sultan Ibrahim Ismail; Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim dan Tunku Bendahara Johor; Tunku Abdul Majid

Takziah Kepada Semua Rakyat Negeri Johor...

Takziah kami ucapkan kepada semua rakyat negeri Johor kerana kehilangan Sultan Johor yang mangkat pada jam 7.15 malam pada hari Jumaat. apabila baginda dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di Johor Bahru kerana gering.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor; Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam pada hari Jumaat.
Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Muhmoodiah, kira-kira 2 petang pada hari Sabtu.

Sama-samalah kita sedekah surah Al-Fatihah kepada Sultan Johor....

AL-FATIHAH

SENYUM


SENYUM AKAN MENAIKKAN
'NILAI MUKA'

 SESEORANG

'SENYUM ITU SEDEKAH'

JENIS-JENIS SENYUM :

SENYUM SIMPUL

SENYUM MELERET

SENYUM MENAWAN

SENYUM KAMBING

SENYUM PERLI

SENYUM PAHIT


sumbangan Hjh. Norhayati Ahamad


Thursday, January 21, 2010

Petua dan Nasihat

KUNYIT HIDUP PULIHKAN SELESEMA
Ambil beberapa buku kunyit hidup. Potong nipis-nipis dan campurkan dengan sedikit minyak masak. Sapukan pada bahagian hidung, belakang dan dada bayi. Insya Allah selesemanya akan pulih.

LUKA CEPAT SEMBUH
Ambil sebatang lkulit kayu manis bersama beberapa titik air. Asah atau gosok menggunakan batu lesung. Selepas diasah atau digosok, sapukan terus pada luka. Cara ini juga dapat mengelakkan parut berwarna hitam

KELUARKAN ANGIN DALAM BADAN
Ambil 8 ulas bawang putih dan buang kulitnya. Sapukan pada pergelangan tangan dan kaki serta tapak kaki. Amalkan dua minggu sekali untuk mengeluarkan angin dalam badan.

HILANGKAN BUNYI DENGKUR
Ambil 7 biji buah badam, tumbuk hingga lumat. Campur dengan air susu suam lalu dikacau hingga sebati. Amalkan minum air ini. Insya Allah...tidur anda akan lebih tenang tanpa dengkuran.

LEBIH BAIK TIDUR ATAU MINUM KOPI?


Rasa mengantuk ketika memandu?. Mana lebih baik, tidur sebentar atau menikmati secawan kopi?. Menurut hasil kajian, faktor usia akan akan menentukan mana satu cara ini lebih berkesan
    Apabila berusia 20 hingga 40 tahun, kedua-dua cara ini amat berkesan mengurangkan rasa mengantuk ketika memandu. Ia boleh mengembalikan kesegaran tubuh yang keletihan.


  Namun, sebaliknya pula bagi golongan yang sudah berusia 40 tahun dan lebih. Cara yang lebih berkesan untuk mengusir rasa mengantuk adalah dengan menikmati secawan kopi.


  Ini kerana, pada usia yang lebih tua, tubuh kurang memberi tindak balas terhadap rehat dan tidur. Jadi, cuba luangkan sedikit masa untuk berhenti rehat seketika dan nikmati kopi agar dapat mengembalikan kesegaran tubuh sebelum memulakan kembali perjalanan anda.

SOTONG GORENG TEPUNG

BAHAN A

  • ½ kg sotong – bersihkan dan potong kecil-kecil.
BAHAN B

  • 2 mangkuk tepung jagung
  • Sedikit garam
  • Serbuk perasa
  • Secubit kapur
  • 2 sudu cuka
  • Air secukupnya
CARA MEMBUATNYA

  1. Bancuh bahan B di dalam mangkuk hingga rata.
  2. Kemudian masukkan sotong yang telah dipotong tadi ke dalam bancuhan tadi dan gaulkan.
  3. Goreng menggunakan minyak yang banyak dan cukup panas.
Angkat setelah kekuning-kuningan. Sedia untuk dihidangkan

Saturday, January 16, 2010

Gambar sumbangan Sulaiman Amir

Tengok le gambor di zaman muda kite
kembalikan ingat di zaman tersebut 



Berposing dalam Zoo Negara

 
Nak gi surau atau baru bersunat 



Gayenye

 
Siapa kenal sahabat kite ini

 
Pada hari suaikenal ... agak siapa ini



Awek nak posing, Dino ambil kesempatan pule

Tuesday, January 12, 2010

Aturcara Program Alumni

Program dan Aktiviti
Alumni SMVP Chenor Tahun 1973/1974

    Tarikh                         Masa                                  Aktiviti                     

19 Mac 2010                  
(Hari Jumaat)      12.00 t/h  – 4.00 ptg           Pendaftaran
                                  3.00 ptg – 5.00 ptg               Minum Petang
                                  4.00 ptg – 6.00 ptg               Pertandingan
                                                                                         Memancing
                                   4.45 ptg                                     Solat Asar
                                   6.00 ptg – 7.15 mlm            Acara bebas
                                   7.20 mlm                                  Solat Maghrib
                                   8.00 mlm                                  Jamuan Makan Malam
                                                                                         Solat Isyak
                                   9.30 mlm                                 Acara bebas
                                 10.00 mlm                                 Semua lampu padam
                                                                                       “Selamat malam”

20 Mac 2010   
(Hari Sabtu)             6.00 pg                                  Solat subuh
                                    7.30 pg – 9.00 pg               Sarapan
                                    9.00 pg - 11.00 pg               Melawat kawasan
                                                                                       sekolah, share farm, 
                                                                                       Ternakan dll.
                                  12.00 t/h                                  Check out
                                                                                        Acara Majlis TAMAT

Cara Mendaftar Penyertaan Alumni Online

Masukkan sumbangan penyertaan (RM50.00) ke Akaun Bank Maybank Yusof Yunos bernomber 113014139029. 
Sila serahkan slip bank anda sewaktu pendaftaran alumni nanti kerana ia adalah bukti sumbangan (simpan slip bank untuk pendaftaran) Setelah anda membuat sumbangan melalui akaun bank, sila SMS nama, alamat, No telefon bimbit dan tarikh sumbangan melalui talian : 019-9830 632 saudara Yusof Yunos
dari :)
setiausaha Alumni SMVP Chenor tahun 1973/1974

Pengakuan Sumbangan Rosli Lodin

berapa ramai yg telah menyumbang utk program kita dan berapa jumlahnya?
teman akan menyumbang 2 buah hamper, mesti lumayan punya..tlg tnya rosli ghaus, dia kata nak bwk kambing seekor dan 2 biji ngka madu..

Rosli Lodin
Pertubuhan Peladang Kawasan
Bagan Serai/Beriah,
KM16, Jalan Taiping,
34300 Bagan Serai, Perak.
05-7217058

Monday, January 11, 2010

Adakah pakar atau cekap

Melalui web blog ini di muat turun tiga (3) jenis games untuk ahli alumni yang melayari wab blog ini memcuba kecekapan dan kepakaran untuk mendapat score yang tertinggi dalam games yang disediakan.
SELAMAT MENCUBA   :)
dari : 
setiausaha Alumni SMVP Chenor tahun 1973/74

Gambar Sumbangan Hajjah Norhayati kali ke 2

Renungkan kenangan-kenangan semasa di Share farm


Sila teka siapa yang anda kenal 



 Kerje ke atau posing dia orang ni


Pasukan sorak SMVP 


 
Berapa orang mandur dalam gambor ini 



Buat baja kompos 

 
Kakak dengan adik angkatnye

Bertemu Kawan Lama

Salam. Meor kawan minta masukkan gambar bertemu Abd Hadi Ariffin pada 2.1.2010 di Menara Condong Teluk Intan jam 10.30 malam. Pertemuan amat bermakna ni mengharukan sehingga menitiskan air mata kerana sudah 30 tahun lebih tak berjumpa. Minta wujudkan kolum sembang sembang antara kawan kawan dan juga galeri gambar kawan-kawan yang terbaharu...semoga menjadi tatapan kepada kawan kawan yang belum mengetahui kewujudan blogspot ni..dan juga menjadi kesinambungan kepada kawan kawan lain yang berterabur di pelusuk tanah air...
 
Sumbangan : Abd. Shukur Abd. Rahman 
 

Saudara Shukur Abd Rahaman dengan Hadi Ariffin

Sumbangan RM 50.00 penyertaan Hjh. Norhayati

Bendahari telah menerima sumbangan Hajjah Norhayati RM 50.00 sebagai peryertaan Alumni SMVP Chenor tahun 1973/74
Majlis Alumni SMVP Chenor tahun 1973/74 mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan Hajjah.
Semoga Ahli Alumni SMVP Chenor tahun 1973/1974 dapat mengikut jejak langkah awal Hajjah agar memudahkan J/kuasa mengatur dan merancang program dan aktiviti Alumni nanti.


TQ


Setiausaha

Sunday, January 10, 2010

LAGI GAMBAR RAKAN-RAKAN


Gambor kenangan 3 peristiwa yang dipaparkan 
bermulanya reunion dan alumni SMVP Chenor

 
Bersama Aziz Chu

  
SMTP Chenor ada bas le beb 

 
Depan Pejabat SMVP bangunan lama (tempat perhimpunan) 


 
 Bilik Asrama lama


 
 (dalam gambar : Zaini, Pak Lang, Leman Amir, Meor & isteri) 


 
(Berdiri kiri : Aziz Chu, Zul Gombak, Malik, Dato' Jalal, Meor, 
Suami Intan, Wan Ahmad, Yusof Yunos)
Duduk : Isteri Malik & Kamariah (Intan) 



Gambar kenangan semasa Majlis akad nikah anak Dato' Jalal 

Friday, January 8, 2010

Sumbangan Alumni SMVP Chenor

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penaja Alumni SMVP Chenor yang telah diadakan pada 26 Disember 2009 bertempat Bukit Damansara di rumah Dato' Mohd Azri b. Abdullah setuju supaya semua sumbangan hendaklah diBank-in ke Akaun Bendahari saudara Yusof b. Yunos No. akaun Bank Maybank 113014139029. 
Semua penderma yang telah Bank-In sumbangan hendaklah memaklumkan sumbangan tersebut melalui SMS kepada Setiausaha talian 019-9696 180 dan juga SMS kepada Pengerusi Dato' Mohd Azri b. Abdullah dengan talian 012-531 4668. Semua sumbangan akan dikeluarkan resit sebagai akuan terimaan.
Sumbangan tuan/puan akan menjaya dan memeriahkan lagi majlis Alumni nanti.

Setiausaha Alumni SMVP Chenor     

Monday, January 4, 2010

BACK TO SCHOOL TO ALL..2010!

To all mummies and daddies...
wake up all...........
duty to your love ones...
all set to school...........

pada yang baru masuk alam persekolahan..
jangan nangis2...
kesian ayah and emak duk jadi penunngu setia 
tepi tingkap kelas..
to me...
I tinggalkan jer kat sekolah..pandai2 la nak hidup..kah kah kah...

sebab anak teman tingkatan 3 takkan nak tunggu kot .... 
,,,,huahuahua....
Selamat menjalani rutin harian anda...

Friday, January 1, 2010

BARISAN ANGGOTA MAJLIS ALUMNI SMVP CHENOR

Penaung   : Datuk Haji Jalaludin b. Abd. Rahman 
            (Timbalan Ketua Polis Negeri Johor)

Penasihat : Y.B.Datuk Mohd Hidhir b. Abu Hasan 
            (Exco Pertanian Ng. Melaka @
             ADUN Merlimau, Melaka)

Pengerusi      : Dato' Mohd Azri b. Abdullah 
Naib Pengerusi : Prof Madya Dr. Sahandri b. Gani  
Setiausaha     : Saudara Meor Ismail b. Mohd Said 
Bendahari      : Saudara Yusof b. Yunos 
Jawatankuasa   : Saudara Nadmilal b. Kassim
                 Saudari Hajjah Kamariah bt Juleh
                 Saudara Abd Shukur b Abd Rahman
                 Saudara Haji Husni b. Haji Ismail
                 Saudara Megat Ahmad Yusof b. 
                                   Megat Zakaria
                 Saudara Jeganathan
                 Saudari Hajjah Norhayati bt. Ahmad
                 Saudara Haji Ahmad Pudzi b.Ismail 
                 Saudara Rosli b. Lodin
                 Saudara Haji Rosli b. Mohd Ghaus
                 Saudara Mohd Isa b. Mamat
                 Saudara Sulaiman b. Amir
                 Saudara Mohd Zaini b. Haji Mansor
                 Saudara Tan Yoo Heong

Yayyy!! Selamat Tahun Baru 2010..to all

Selamat Tinggal 2009........Hello 2010
Hadapi tahun baru dengan lebih tabah dan berusaha mencapai matlamat hidup yang lebih aktif dan sempurna..
Buat semua friend kasih sayang adalah segala-galanya...
May this 2010 bring more happiness,health,wealth and love to each other more.
Dengan berkat Doa semoga alumni SMVP chenor menjadi kenyataan..I grace you Thank You with all my heart!!
Let us be more unite and ever divided...
Happy 2010....
and...happy holiday too....
pada semua..yang akan memulakan persekolahan ...Selamat Hadiri Persekolahan dan Semester yang baru.

regards,


meor ismail b. mohd said