Tuesday, March 29, 2011

7 Ayat Cinta


Sabda Rasulullah SAW: 
Barang siapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.

1.    Bismillahhirrahmannirrahim
       pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.    Alhamdulliah: 
       pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.    Astagfirrullah
       jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.    Insyaallah: 
       jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.    Lahaulawalaquataillahbillah
       bila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat atau
        melihat sesuatu yg buruk.
6     Innalillah
       jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.    Laailaahaillallah
       bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyak   
        nya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong 
       dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Friday, March 25, 2011

36 Tahun Bersama Mu

25 Mac 2011 genaplah 36 tahun ahli Alumni yang berkhidmat dengan Lembaga Pertubuhan Peladang. Selama tempoh tersebut ada juge ahli Alumni yang keluar dari perkhidmatan dan berkhidmat dengan Agensi lain atau swasta serta tidak kurang yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Walau apa jua bidang yang diceburi, yang pentingnya Alumni batch 1973/74 tetap kukuh bersama dengan mengeratkan hubungan silatulrahim. Semoga setiap tahun diadakan perjumpaan dan semuanya boleh berkumpul serta bertukar pandangan dan pendapat.             

Al'Fatihah

Abang saudara Rosli Lodin yang dirawat di IJN Kuala Lumpur diatas masalah sakit jantung telah kembali kerahmatullah pada hari khamis 24 Mac 2011 dan selamat dikebumikan tanah perkuburan kampungnya di Sungkai selepas solat Jumaat.

Semua ahli Alumni merakamkan ucapan Takziah kepada beliau sekeluarga serta mendoakan agar Allah mencucuri Rahmat keatas roh abangnya serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman .... Amin

Wednesday, March 16, 2011

DOA BUAT SEMUA ALUMNI

"Ya Allah, Berikan kesejahteraan dan kebahagian kepada insan ALUMNI ini serta keluarganya.. Ya Allah panjangkan umur insan ALUMNI ini serta keluarganya.. Ya Allah Kau murahkan rezeki mereka.. Ya Allah Kau bukakan pintu rezeki mereka seluas luasnya.. Ya Allah ku memohon pada mu jauhilah insan ALUMNI ini segala musibah.. Ya Allah Kau jauhilah insan ALUMNI ini dari fitnah dunia dan akhirat. Lapangkan dada mereka dari rasa bersalah. Ya Allah berikan kesihatan yang terbaik dan jangan Kau sakiti insan ALUMNI ini, Ya Allah rahmatilah insan ALUMNI ini di dunia dan di akhirat....Amin ya Rabbal 'alamin

Monday, March 14, 2011

Guna Perkataan SALAM atau ASSALAMUALAIKUM

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? Apakah maksud disebaliknya?? Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89) Baik gunakan.........ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH... Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Wa’alaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh.” Ringkasnya, baginda SAW akan beri salam dengan ucapan - "Assalamualaikum" dan jawab salam - "Wa’alaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"

Monday, March 7, 2011

KEIMANAN MANTAP LAHIRKAN SIFAT AMANAH

SAIDATINA Khadijah memilih Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangannya ke Syam kerana kemahiran perniagaan baginda dan sifat amanah yang sebati dengan baginda yang dikenali sebagai al-Amin.

Sifat ini tidak dimiliki pada peniaga lain di Makkah. Modal yang penting ini amat diperlukan dalam menguruskan soal kewangan, maklumlah tidak ramai orang selamat dengan ujian duit yang kadang-kadang “berhantu.”
Sebelum punya apa-apa, ramai orang selamat dan boleh dipercayai tetapi jika duit depan mata ramai yang menjadi ‘buta’.

Sifat amanah datangnya daripada dorongan iman. Bukan sebarang iman, tapi iman yang merasakan diintip oleh ‘kamera Ilahiyyah’ sahaja yang akan melahirkan amanah.

Perkataan iman melahirkan al-Amin dan dari sini lahirlah perkataan ‘al-Aman’, kemudian melahirkan al-Amanah.

Maknanya, iman yang mantap akan membuatkan seseorang punya prinsip dan mempertahankan kejujuran. Kejujuran adalah mahkota keperibadian seseorang. Apabila ada prinsip maka lahirlah adab dan jika adab ini dapat diulangi ia akan menjadi sebati. Apabila sebati ia akan menjadi tabiat. Bila sudah nampak sangat dan dirasai, bila bergaul secara spontan terdetik untuk ‘cop’ dengan gelaran al-Amin. Manakala orang al-Amin sahajalah yang akan membawa al-Aman. Al-Aman maknanya selamat. Selamat daripada menyusahkan orang, selamat apabila amanah diserahkan.

Bila iman bermasalah, sekadar iman ilmu hanya berteori, maka tidak ada aman lagi. Bila tidak aman, maka tidak boleh harap. Orang yang tidak boleh harap kerana sudah tiada amanah.

Tiga perkataan ini sangat berkait tanpa satu yang lain tidak akan terlihat. Hari ini kita dengar cerita mengenai penyelewengan dan korupsi. Ia bukan masalah sosial sahaja tetapi iman yang mandul.

Iman yang hanya tersimpan dalam bentuk maklumat bukannya iman di hati yang merasa “diperhati.” Orang yang ditimpa penyakit khianat tidak layak memegang jawatan.

Jika Allah sudah tidak diendahkan lagi apa lagi ketua yang tidak punya kepakaran untuk memantau pekerjanya sepanjang masa lagi mudah ditipu. Hendak memperbetulkan sifat amanah mesti diperbetulkan dulu iman. Kita dengar ada cerita soalan peperiksaan bocor. Sepatutnya biar pecah di perut dan tidak pecah di mulut menjadi wirid dan zikir kepada penjaga amanah. Sekarang di perut pun sudah jadi najis manakala yang di mulut pun tersembur keluar, yang rahsia sudah tidak menjadi rahsia lagi. Semua orang sudah tahu.
Sebenarnya harta adalah amanah, jawatan adalah amanah, anak-anak adalah amanah, masa adalah amanah, kemaluan adalah amanah, keremajaan juga amanah.

Saidina Umar pernah menguji seorang pengembala kambing yang mengambil upah menjaga kambing-kambing di padang pasir.
“Boleh tak kalau pakcik nak beli kambing-kambing ini,” kata Umar. Gembala itu menjawab: “Tidak boleh kerana ini bukan kambingku.”
Kata Umar: “Bolehlah aku beli sebab tuan kau tak ada, tak nampak dan tak tahu kau jual kambing ini.”
Berkata gembala itu: “Tidak boleh kerana walaupun tuan aku tak tahu dan tak nampak tapi Tuhan tuan aku tahu dan nampak.”
Begitulah jika rasa berTuhan ada dalam diri nescaya amanah yang dipikul dan dijunjung tidakkan punah.

Tuesday, March 1, 2011

Umrah

Adalah dimaklumkan bahawa seorang ahli Alumni SMVP Chenor batch 73/74 saudara Fuad b. Daud akan mengerjakan ibadah Umrah bermula 3hb - 17hb Mac 2011 bersama keluarga beliau.

Melalui ruangan ini, beliau memohon maaf diatas segala kesilapan dan kesalahan dan halalkan makan minum sepanjang masa bersama di alam persekolahan sehingga kini serta doakan kesejahteraan dan kesihatan yang sepanjang mengerjakan ibadah.

Dengan ini, semua ahli Alumni SMVP Chenor batch 73/74 berdoakan agar amal ibadah beliau diterima dan diberkati Allah serta selamat pergi dan selamat kembali. amin..