Saturday, March 13, 2010

SEJARAH MULANYA ALUMNI

Kepada semua member batch SMVP Chenor tahun 1970-1976

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Alumni SMVP ini 
bukannya dibuat khas atau khusus untuk tahun berkenaan ajer 
tapi terbuke kepada siapa yang berminat untuk menyertainya.
Hebahan dan maklumat telah dimuatkan dalam Facebook dan juge melalui laman web:
www.alumnismvpchenor.blogspot.com

Memang benar peringkat awalnya
kami bercadang untuk mengadakan Alumni peringkat batch kami ajer
Bermula dengan cuma 11 orang termasuk dengan mantan guru besar SMVP Chenor
pada satu undangan majlis perkahwinan member kami
Jadi pada jamuan makan malam anjuran Dato' Mohd Azri
mantan Guru Besar mencadangkan
" Why not your make a reunion of your batch at SMTP Chenor."

Detik permulaannya bermula
Saya menyediakan kertas kerja untuk mengadakan Majlis Alumni
dan panggil beberapa member batch 1973/1974 untuk mengadakan perbincangan
kami berkumpul dan berjumpa di Kuala Lumpur
Ada X-Student yang datang dari Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Melaka dan Selangor
dari situlah segala keputusan dan tindakan diambil untuk menjayakan Alumni SMVP tahun 1973/1974
Beberapa hebahan dibuat melalui e-mail, facebook, telefon, buat laman blog dan SMS 
untuk mencari x-student SMVP Chenor tahun 1973/1974

Feedback yang diterima sangat menggalakan BUKAN batch 1973/1974 
Malah ada senior dan junior dari batch kami berminat ingin turut serta
So Majlis Alumni ini Open to all batch yang berminat dan mengetahui adanya Alumni SMVP.
Tapi yang menawarkan diri dan berminat untuk turut serta 
adalah dari golongan boleh dikatakan X-Student yang veteren ajer
dengan ini event yang kami susunkan adalah agak soft dan relax
bersesuaian dengan usia kami
Penyertaan ini masih terbuka to all batch
 kepada mereka yang berminat.

No comments:

Post a Comment