Monday, March 22, 2010

ALUMNI PADA 19 MAC 2010

Syukur 'alhamdullillah Majlis Alumni SMVP Chenor batch 1973/1974 telah berjaya diadakan pada 19 Mac 2010.
Kehadiran pada Majlis tersebut adalah luar jangkaan. Mengikut persetujuan dan pengakuan kehadiran daripada x-student seramai 35 orang sahaja yang sudi datang.
Tapi pada malam majlis, diummumkan kehadiran x-student telah meningkat kepada 46 orang serta mantan Guru Besar Mr. K.Veerappan dan 2 orang mantan Guru iaitu Tn. Hj. Ustaz Aziz & Mr. Joseph Low.
Kami hadirin sangat terharu diatas komitmen serta kesungguhan rakan kami datang dari Kelantan yang sanggup hadir walaupun lewat dimana majlis jamuan makan malam telah pun berjalan separuh jalan.
Pada majlis tersebut turut diadakan tayangan video mengesahkan peristiwa 36 tahun dulu. Dewan menjadi gamat serta riuh rendah dengan helaian ketawa melihat gelagat zaman 36 tahun dulu.Dari tayangan video ada peserta yang gelak ketawa dan ada yang sedih diatas pemergiannya sahabat buat selama-lamanya. Bacaan Surah Al'Fatihah disedekahkan kepada semua umat islam yang telah pergi dahulu daripada kita ...amin.
Pada majlis tersebut Batch Alumni SMVP Chenor tahun 1973/1974 telah memberi kepada SMT Pertanian Chenor sebuah komputer Laptop sebagai cenderahati dari kami. Selain itu diberi cenderahati kepada pemenang pertandingan memancing, mantan Guru Besar & Guru-guru juga tidak lupa  cenderahati kepada Pengetua & Guru Kaunseling kerana memberi sokongan dan kerjasama. 
Majlis sekali lagi menjadi gamat dan riuh rendah apabila diberi peluang kepada x-student mencerita pengalaman mereka ketika menuntut diSMVP Chenor pada tahun 1973/1974.
Majlis tamat jam : 12.30 pagi    

No comments:

Post a Comment