Saturday, December 12, 2009

Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Teknik Pertanian, Chenor

Kepada semua Alumni Pelajar SMVP Chenor tahun 1973/74


Adalah diberitahu bahawa pihak Sekolah Menengah Teknik Pertanian, Chenor telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Teknik Pertanian, Chenor mengikut kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-peraturan Pertubuhan, 1984.

Pendaftaran Persatuan tersebut berkuatkuasa pada 02 April 2009 dan No. Pendaftaran 0550-09-PHG berserta Undang-undang tubuh.

Dengan ini semua Alumni Pelajar SMVP Chenor tahun 1973/74 boleh menjadi ahli dalam Persatuan ini dengan yuran kemasukan RM 5.00 (Rgt.M'sia: Lima sahaja).

Dalam masa terdekat ini, diharap semua Alumni Pelajar SMVP Chenor tahun 1973/74 boleh menjadi Ahli. Insyak'allah dimasa akan datang Persatuan Bekas Pelajar akan menjadi Persatuan Bekas Pelajar SMV/SMT Pertanian, Chenor.


No comments:

Post a Comment