Bekas pelajar SMVP Chenor masakini pada 21 Nov 2009
1. TUJUAN
1.1 Kertas ini disediakan bertujuan untuk mengadakan Majlis Perjumpaan Alumni Pelajar-pelajar Aliran Inggeris dan Melayu SMVP Chenor sesi tahun 1973/1974.
1.2 Kertas ini juga dibuat memberi gambaran cadangan anggaran kos perbelanjaan bagi mengadakan majlis perjumpaan alumni pelajar SMVP Chenor sesi tahun 1973/1974
2. PENGENALAN
2.1 Sekolah Menengah Vokasional Pertanian Chenor dikenali sejak tahun 1970 kini dinaiktaraf kepada Sekolah Menengah Teknik Pertanian Chenor pada tahun 1999
2.2 Pada sesi tahun 1973/1974 terdapat tiga (3) kelas Aliran iaitu dua(2) buah kelas Aliran Melayu dan sebuah kelas Aliran Inggeris.
2.3 Jumlah Pelajar bagi tiga (3) buah kelas tersebut pada tahun 1973/1974 adalah dianggar seramai 110 orang pelajar.
2.4 Tenaga Pengajar ketika itu seramai 20 guru (14 orang guru lelaki dan 6 orang guru wanita) serta diketuai oleh Head Master ketika itu Mr. K.Veerapan.
3. OBJEKTIF
3.1 Menemukan semula bekas-bekas pelajar dan juga guru-guru tahun 1973/1974
3.2 Mengujudkan kemesraan kekeluargaan dan kesambungan setia kawan di eratkan semula selepas 35 tahun berpisah.
3.3 Memupuk perhubungan dan persaudaraan yang baik dan berterusan diantara bekas-bekas pelajar dan juga keluarga mereka.
3.4 Menjaga kebajikan dan kepentingan bekas pelajar seperti mewakili Alumni dalam perbincangan yang melibatkan bekas pelajar.
3.5 Membantu menguruskan aktiviti-aktiviti kebajikan, sukan, sosial dan rekreasi serta lain-lain keperluan.
4. KANDUNGAN ALUMNI
4.1 Mengadakan Majlis suaikenal
4.2 Jamuan Makan Malam
4.3 Sumbangan Alumni Pelajar kepada Sekolah
4.4 Nyanyian KaraOke
5. METHOLOGI ALUMNI
5.1 Ucapan Bekas HM Mr. K.Veerapan
5.2 Persembahan LCD (gambar zaman 1973/1974)
6. PESERTA
6.1 Bekas pelajar tingkatan 4 tahun 1973
6.2 Bekas pelajar tingkatan 5 tahun 1974
6.3 Bekas guru-guru tahun 1973/1974
7. CADANGAN TARIKH ALUMNI
7.1 Tarikh check-in : 19 Mac 2010 (Hari Jumaat)
7.2 Masa : 2.00 - 5.00 petang
7.3 Tarikh check-out : 20 Mac 2010 (Hari Sabtu)
7.4 Masa : 12.00 t/hari
7.5 Tempoh Alumni : 2 hari/1 malam
8. TEMPAT ALUMNI
8.1 Sekolah Menengah Teknik Pertanian Chenor,
Pahang.
9. KEMUDAHAN DISEDIAKAN
9.1 Bilik Asrama dibangunan Asrama lama
Sekolah Menengah Teknik Pertanian, Chenor.
9.2 Peserta diminta membawa sarung bantal, selimut dan cadar
9.3 Hidangan disediakan :
a. Minum petang (1x)
b. Jamuan Makan malam (1x)
c. Sarapan (1x)
9.4 Jamuan disediakan oleh pihak Kafeteria SMTP Chenor
10 ATURCARA MAJLIS
10.1 Hari Pertama (19 Mac 2010)
2.00 - 5.00 petang - Pendaftaran & check-in
4.00 - 5.00 petang - Minum petang
8.00 - 11.00 malam -
Majlis Jamuan Makan Malam
Ucapan Pengetua SMTP Chenor
" Bekas HM Mr.K.Veerapan
Persembahan LCD
Sumbangan Alumni Pelajar
kepada Pengetua SMTP Chenor
Cabutan No. bertuah
Nyanyian KaraOke
Hari Kedua (20 Mac 2010)
7.30 - 9.00 pagi - Sarapan
12.00 t/hari - check-out asrama
11 PENUTUP
Semoga dengan adanya perjumpaan Alumni pelajar ini akan mengembalikan nostalgia tahun 1973/1974
Mana-mana bekas pelajar SMVP Chenor tahun 1973/1974 yang membuka blog ini sila hubungi saya melalui e-mail saya : onemeor@gmail.com dengan menyatakan nama anda, alamat, no.telefon dan tempat bertugas untuk mudah dihubungi dan jangan lupa nyatakan sekali samada anda kelas aliran melayu atau inggeris pada tahun 1973/74.Kalau tak keberatan sila nyatakan juga nama gelaran anda ketika belajar di SMVP Chenor tahun 1973/74 atau semua maklumat boleh juga dicatat dalam komen laman blog ini.
Semoga Alumni Pelajar tahun 1973/1974 menjadi realiti dengan sokongan dan kerjasama rakan-rakan.
Sekian TQ
12. DALAM KENANAGAN
Kita sama-sama sedekahkan surah Al'Fatihah kepada rakan-rakan kita yang telah pergi ke Rahmatullah, Semoga rohnya dicucuri Rahmat, Amin - Al'Fatihah.
12.1 Allahyarham Abd. Aziz b. Harun. Budak Kg. Awah, Pahang. Meninggal dunia pada April 2003 diJitra, Kedah disebabkan penyakit Jantung
12.2 Allahyarham Damuri B. Idris, Budak Kemaman, Terengganu, meninggal dunia pada 30 September 2009 diKemaman, Terengganu disebabkan penyakit jantung.
13. GAMBAR GENG DULU & KINI
Gambar bekas pelajar dibawah ini ada berjawatan Pensyarah, Prof. Madya Dr., Usahawan, Ahli Korporat,YB Datuk ADUN, Pegawai Pelancongan, Pengurus Besar, Pegawai Kerajaan, Pegawai Swasta, Timb. Ketua Polis Negeri, Peguam, Guru Pen. Kanan, Pegawai Khas kpd Menteri Pertanian, Juruteknik,bekas HM SMVP Chenor Mr. K.Veerapan masakini dll.
Pertemuan antara Pengetua dengan tiga orang bekas pelajar, berlangsung pada 11.12.2009 jam 10.45 pagi. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan bekas-bekas pelajar dan akan membantu menjayakan perjumpaan tersebut. Kami mengucapkan syabas kepada tuan-tuan semua. Laman web sekolah adalah www.smtchenor.com/
ReplyDelete