Saturday, December 12, 2009

Perbincangan dengan pihak SMTP Chenor

Rombongan Alumni SMVP Chenor tahun 73/74 terdiri daripada saudara Meor Ismail, Mohd Zaini dan Sulaiman Amir telah tiba diSekolah Menengah Teknik Pertanian, Chenor pada 11 Disember 2009 jam 10.30 pagi. Ketibaan kami disambut sendiri oleh Pengetua SMTP Chenor iaitu Tn. Adnan b. Abd Malek dan Guru Kaunseling Pn. Rabiyah bt. C.W. Putra serta Pak Lang.
  



Dalam perbincangan tersebut kami banyak menyentuh perkara-perkara penyediaan Alumni diSekolah. Tn. Adnan b. Abd Malek, Pengetua SMTP Chenor dan Pn. Rabiyah, Guru Kaunseling telah diberi taklimat berkenaan Kertas Cadangan Alumni SMVP Chenor tahun 73/74 yang akan diadakan pada 19 Mac 2010. 


 


Pihak Sekolah telah memberi green light (sokongan, kebenaran dan kerjasama) untuk mengadakan Alumni diSekolah. Sebagai komitmen tersebut pihak sekolah akan menubuhkan Jawatankuasa peringkat sekolah bagi membantu bekas-bekas pelajar yang sudi berkumpul bertemu kawan-kawan serta guru-guru masing-masing di sekolah.


Pihak Alumni merakam setinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn. Adnan b. Abd Malek, Pengetua SMTP Chenor dan Pn. Rabiyah bt. C.W. Putra, Guru Kaunseling kerana sudi menerima dan mengadakan perbincangan dengan Rombongan Alumni.  

No comments:

Post a Comment