Thursday, February 3, 2011

TAHUN 2011 - PENJAWAT AWAM MENIKMATI

Intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan:
  1. Memperluaskan pelepasan cukai ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa sehingga RM5,000.
  2. Mengecualikan 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi rumah kediaman pertama.
  3. Mengecualikan 100 peratus duti import dan duti eksais ke atas kereta hibrid.
  4. Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus III, II dan I serta penganugerahan Profesor Ulung.
  5. Menaikkan imbuhan Guru KAFA dari RM500 kepada RM800 sebulan.
  6. Menaikkan elaun bulanan RM750 sebulan kepada imam.
  7. Memansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
  8. Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember untuk tempoh satu tahun lagi.
  9. Menaikkan kadar pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM20,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua.
  10. Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM450,000.
  11. Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000.
  12. Memberi fleksibiliti dengan menentukan cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari.
  13. Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
  14. Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
  15. Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.
  16. Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.
  17. Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.
  18. Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.

No comments:

Post a Comment