Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULUDUR RASUL 1432/2011



Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Baginda saw. Jatuhnya pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi saw pada hari Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda saw adalah utusan terakhir yang diutus oleh Allah swt.

Genaplah kini 12 Rabiul Awal 432 Hijrah, kita menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, Junjungan besar dan agung. Nabi terakhir yang telah menukarkan dunia ini dari zaman kegelapan kepada cahaya yang memberi rahmat keseluruh alam.

Malang sekali, kita hanya mengingati akan kelahiran Baginda tetapi tidak ramai yg mengingati akan KEWAFATAN Baginda saw. Banyak khilaf  akan kewafatan Baginda saw. Akan tetapi yang mahsyurnya adalah pada 1 Rabiul Awal pada 11h.

Berhubung dengan 1hb, ia adalah daripada riwayat tokoh utama sirah iaitu Musa bin Uqbah dan ulama hadis yang terkenal Imam Laith bin Saad, Abu Nua’im Fadhal bin Dukain dan lain-lain. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Suhaili dan Al Khuwarazmi. (Fathul Bari, Jilid 16. hal. 206, “Ar Raudhul Unuf,” jilid 7, hal. 579). Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi S.A.W. ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M.

Kita sebagai ummah yang terbaik tidak sepatutnya hanya menyambut hari kelahiran baginda setakat itu sahaja tanpa menghayati kehidupan Rasulullah yang menjadi insan contoh yang terbaik. Rasulullah saw adalah role model yang perlu dicontohi dan jika menjadikan insan lain bukan mencontohi akhlak Rasulullah sebagai role model maka ia tidak memenuhi syarat untuk mencakupi peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Rasulullah membawa kemajuan, perpaduan dan pembangunan peradaban yang tinggi. Peninggalan usaha baginda menjadikan Islam mentadbir 2/3 daripada muka bumi. Seandainya umat Islam terus menunjukkan kesungguhan yang sama tidak mustahil Islam akan diterima secara sukarela oleh segenap lapisan masyarakat di serata dunia.

Bersempena dengan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w ini, marilah kita kembali ke pangkal jalan beristiqamah dengan tuntutan Islam dan tidak memilih jalan-jalan yang lain dari agama suci ini. Kita sewajarnya mencontohi perjuangan junjungan besar dan ummah menjadikan kita sebagai contoh warisan kepada kesinambungan perjuangannya.

No comments:

Post a Comment