Thursday, January 21, 2010

Petua dan Nasihat

KUNYIT HIDUP PULIHKAN SELESEMA
Ambil beberapa buku kunyit hidup. Potong nipis-nipis dan campurkan dengan sedikit minyak masak. Sapukan pada bahagian hidung, belakang dan dada bayi. Insya Allah selesemanya akan pulih.

LUKA CEPAT SEMBUH
Ambil sebatang lkulit kayu manis bersama beberapa titik air. Asah atau gosok menggunakan batu lesung. Selepas diasah atau digosok, sapukan terus pada luka. Cara ini juga dapat mengelakkan parut berwarna hitam

KELUARKAN ANGIN DALAM BADAN
Ambil 8 ulas bawang putih dan buang kulitnya. Sapukan pada pergelangan tangan dan kaki serta tapak kaki. Amalkan dua minggu sekali untuk mengeluarkan angin dalam badan.

HILANGKAN BUNYI DENGKUR
Ambil 7 biji buah badam, tumbuk hingga lumat. Campur dengan air susu suam lalu dikacau hingga sebati. Amalkan minum air ini. Insya Allah...tidur anda akan lebih tenang tanpa dengkuran.

No comments:

Post a Comment