20/01/2011 6:21pm
MELAKA 20 Jan. - Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, yang mengalami masalah jantung sejak minggu lalu, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Hospital Pakar Putra di sini, hari ini.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Mohd Rustam yang melawat Mohamad Hidhir sejak dari jam 3.15 petang ini berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu kritikal selepas diserang sakit jantung buat kali ketiga pada pukul 6.45 pagi tadi.
Sebelum ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof memberitahu Utusan Malaysia bahawa Mohamad Hidhir telah meninggal dunia selepas beliau menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.
No comments:
Post a Comment