MELAKA: EXCO Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, yang mengalami masalah jantung sejak minggu lalu, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Hospital Pakar Putra di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, difahamkan ketika ini ditempatkan dalam bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, difahamkan ketika ini ditempatkan dalam bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam yang melawat Mohamad Hidhir sejak dari jam 3.15 petang tadi masih belum meninggalkan bilik berkenaan.
Beliau merujuk kepada berita Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sebuah akhbar (bukan Berita Harian) awal tadi mengenai ADUN Merlimau yang dikatakan sudah meninggal dunia akibat serangan jantung, sedangkan beliau masih dirawat di hospital berkenaan.
Pada masa sama, Mohd Ali mengesahkan ADUN Merlimau berada dalam keadaan kritikal dan kini bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.
Petikan : Berita Harian - 20 Jan 2011 16:11:01 PM
No comments:
Post a Comment