Friday, June 3, 2011

Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong


Selamat menyambut dan meraikan 
Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. 
Daulat Tuanku.


Pada 4 Jun 2011 bersamaan 2 Rejab 1432H



Wednesday, May 18, 2011

HARI IBU & HARI GURU

Sempena hari ibu minggu lepas dan hari guru minggu ini, saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" dan "Selamat Hari Guru" kepada anda yang bergelar ibu, bakal ibu serta anda juga merupakan guru kepada anak-anak anda. Tak lupa juga kepada anda yang merupakan guru, pensyarah, instruktor dan jurulatih.
 
Semoga anda semua diberi kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan, diberkati serta dirahmati Allah swt dengan rezeki yang melimpah ruah di dunia dan di akhirat.

Tuesday, March 29, 2011

7 Ayat Cinta


Sabda Rasulullah SAW: 
Barang siapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.

1.    Bismillahhirrahmannirrahim
       pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.    Alhamdulliah: 
       pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.    Astagfirrullah
       jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.    Insyaallah: 
       jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.    Lahaulawalaquataillahbillah
       bila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat atau
        melihat sesuatu yg buruk.
6     Innalillah
       jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.    Laailaahaillallah
       bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyak   
        nya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong 
       dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Friday, March 25, 2011

36 Tahun Bersama Mu

25 Mac 2011 genaplah 36 tahun ahli Alumni yang berkhidmat dengan Lembaga Pertubuhan Peladang. Selama tempoh tersebut ada juge ahli Alumni yang keluar dari perkhidmatan dan berkhidmat dengan Agensi lain atau swasta serta tidak kurang yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Walau apa jua bidang yang diceburi, yang pentingnya Alumni batch 1973/74 tetap kukuh bersama dengan mengeratkan hubungan silatulrahim. Semoga setiap tahun diadakan perjumpaan dan semuanya boleh berkumpul serta bertukar pandangan dan pendapat.             

Al'Fatihah

Abang saudara Rosli Lodin yang dirawat di IJN Kuala Lumpur diatas masalah sakit jantung telah kembali kerahmatullah pada hari khamis 24 Mac 2011 dan selamat dikebumikan tanah perkuburan kampungnya di Sungkai selepas solat Jumaat.

Semua ahli Alumni merakamkan ucapan Takziah kepada beliau sekeluarga serta mendoakan agar Allah mencucuri Rahmat keatas roh abangnya serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman .... Amin

Wednesday, March 16, 2011

DOA BUAT SEMUA ALUMNI

"Ya Allah, Berikan kesejahteraan dan kebahagian kepada insan ALUMNI ini serta keluarganya.. Ya Allah panjangkan umur insan ALUMNI ini serta keluarganya.. Ya Allah Kau murahkan rezeki mereka.. Ya Allah Kau bukakan pintu rezeki mereka seluas luasnya.. Ya Allah ku memohon pada mu jauhilah insan ALUMNI ini segala musibah.. Ya Allah Kau jauhilah insan ALUMNI ini dari fitnah dunia dan akhirat. Lapangkan dada mereka dari rasa bersalah. Ya Allah berikan kesihatan yang terbaik dan jangan Kau sakiti insan ALUMNI ini, Ya Allah rahmatilah insan ALUMNI ini di dunia dan di akhirat....Amin ya Rabbal 'alamin

Monday, March 14, 2011

Guna Perkataan SALAM atau ASSALAMUALAIKUM

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? Apakah maksud disebaliknya?? Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89) Baik gunakan.........ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH... Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Wa’alaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh.” Ringkasnya, baginda SAW akan beri salam dengan ucapan - "Assalamualaikum" dan jawab salam - "Wa’alaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"