Saturday, January 15, 2011

Jayakan Misi Lahir Usahawan Tani Berjaya

SEJAK dulu hingga kini, pertanian adalag sektor yang menjadi sumber penting pendapatan rakyat di luar banar. Dengan kepelbagaian hasil yang ada di negara ini, sektor pertanian berupaya dipertingkatkan untuk memainkan peranan lebih besar dalam menajan ekonomi rakyat.

Justeru, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan program inkubator untuk melatih dan membimbing belia serta graduan menjadi usahawan tani berjaya menerusi Rancangan Malaysia ke-10, saya berpendapat ia adalah pendekatan terbaik. Ini kerana porgram ini mampu menarik lebih ramai usahawan tani muda di samping menggalakkan amalan pertanian terbaik dan menaiktaraf prasarana pertanian.

Dengan jalinan kerjasama antara Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani, Kementerian Belia dan Sukan, AgroBank, Wilayah Pembangunan Koridor dan Universiti Putra Malaysia (UPM), program ini mampu dilaksanakan dengan jayanya.

Menerusi program inkubator ini, peserta dapat mengenal pasti apa yang mereka mahu ketengahkan bermula dengan skala yang kecil. Dari situ, mereka belajar untuk mengusahakan tanaman dengan bantuan daripada badan berkenaan selain mengikuti latihan yang disediakan dari semua segi termasuk perancangan perniagaan.

Semua orang punya keinginan untuk menjadi usahawan dalam pelbagai sektor, tetapi tidak punya minat yang mendalam serta pengetahuan mencukupi. Sebagai contoh, graduan universiti terutama yang mengambil jurusan pertanian. Walaupun mereka punya ilmu dalam bidang ini, ia belum tentu memberi jaminan untuk menjadi usahawan tani yang berjaya.

Ini kerana, apa yang dipelajari adalah teori semata-mata, tetapi dengan adanya program ini, ia secara tidak langsung membolehkan mereka menggunakan teori itu dan mempraktikkannya dalam sektor pertanian.

Selain itu, teori dan praktikal yang ditambah dengan minat mendalam serta bantuan daripada badan tertentu, pasti kita mampu melahirkan usahawan tani yang produktif dan meningkatkan produktiviti petani di negara ini.

Justeru, saya berharap program ini dapat mempertingkatkan produktiviti, tahap sara diri dan imbangan perdagangan. Selain itu, bilangan usahawan tani di Malaysia akan terus meningkat dengan hasil yang terbaik.

Belia digesa majukan pertanian


SYED Hamid Albar dan isteri, Puan Sri Syarifah Aziah Syed Zainal Abidin melepaskan benih ikan air tawar di Kampung Sentosa, Kota Tinggi, baru-baru ini.
Generasi muda digesa aktif menceburi sektor pertanian bagi menjayakan pembangunan pertanian negara secara mapan dan berkesan.
Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, langkah proaktif perlu diambil bagi menggalakkan generasi muda menceburi bidang berkenaan yang menjanjikan pulangan lumayan kepada petani dan usahawan yang gigih berusaha.
"Dengan menggalakkan penglibatan secara langsung generasi muda dalam sektor ini, kita yakin ia mampu menyumbang ke arah menjana pertumbuhan ekonomi," katanya semasa melawat Projek Agrotourism Gerakan Daya Wawasan dan Peladang Unit Kampung Sentosa, di sini baru-baru ini.
Projek itu diusahakan oleh dua anak tempatan iaitu Fadil Mohd. Sabelas dan Sulaiman Yassin di atas tapak bekas lombong pasir menempatkan kolam ikan patin, keli, baung, tilapia dan ternakan termasuk lembu, kambing dan itik.
Turut hadir Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Tinggi Timur, Norzaini Muhammad Zain, beberapa pemimpin setempat serta mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.
Syed Hamid turut meminta masyarakat memaksimumkan pengunaan tanah pertanian dengan melaksanakan sistem integrasi dengan mempelbagaikan aktiviti ladang seperti lembu, kambing, itik dan kolam ikan.
Beliau berkata, Gerakan Daya Wawasan merupakan penambahbaikan kepada program sebelum ini yang dikenal sebagai Gerakan Desa Wawasan dengan diberi nafas baru bagi mengubah pemikiran warga desa secara lebih berkesan untuk mencapai Wawasan 2020.
"Ia adalah satu usaha yang digembleng dengan memberi tumpuan khususnya ke arah pembangunan sesebuah kampung atau desa dengan matlamat menjadikannya maju, menarik dan menguntungkan," katanya.

Maksub disebalik bunyi HON




Ini kisah bunyi hon, 
aku x suka tekan hon sbb aku tak suka di hon. 
Tapi rupanya hon ni ada maknanya tersendiri yang tak terfikir dek aku. 
Dalam lawak ada logiknya tuh. 

Lepas ni kalau tekan hon jgn sembarangan hon. 
Pernah tak masa driving, 
kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?
 
Percaya atau tidak…
Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.

Please take note yer! heh 

1.      1 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “HAI”

2. 2 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”

3. 3 x HON PENDEK – pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

4. 1 x HON PANJANG – pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan

5. 2 x HON PANJANG – pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”

6. 4 X atau lebih HON PENDEK – pemandu tu cakap ;
:
:
:
:
:


“TIIILAM..! TILAAM LAMA >>>
TIIILAM!… TILAM LAMA, 
TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

 
 
 

Bedah Redah

Kat bawah nii ada satu kisah kelakor yang diciterkan oleh seorang perempuan yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Bedah Redah! Cerita dia gini...


Sebagai seorang kakitangan kerajaan... bila hari jemaat saja aku suka
balik rumah.. pasal masa rehat dia panjang. Tapi hari Jemaat tu hujan
dengan lebatnya... So. Aku tumpang officemate aku sampai depan
rumah. Rumah aku ni berbukit sikit... Sebelum turun.. akak tu janji nak ambil aku pukul 2.30 petang...


Hujan kat luar masih lagi lebat... jam hampir ke 2.30 petang.. aku
mandi dan sembahyang.... lepas tu bersiap siap tunggu akak tadi datang
ambil aku. Jam dah pukul 2.35 aku dah risau.. mana akak ni.. tak sampai
sampai lagi...office masuk pukul 2.45 petang.


Tunggu punya tunggu.. hah.. yang dinanti sudah pun tiba!!!! kereta
proton warna cokelat matelik pun berenti kat depan rumah aku. Hujan
punyerlah lebat... so aku ambil surat
kabo lipat tebal tebal takut
tudung aku basah...lepas kunci pintu.. aku terus berlari turun...
pasal rumah aku berbukit.. aku kena berlari hati hati..


Sampai saja kat kereta... aku tak tunggu lagi.. terus bukak pintu dan
duduk kat tempat sebelah pemandu.. Tapi Kenapa akak tu tak jalan.
Aku toleh kat sebelah... lah... rupanya orang lain!!!! Aku tengok orang
tu.. orang tu tengok aku.... Mulut orang tu siap ternganga lagi...


Ish... siapa ni?! bagaimana aku boleh silap ni... habis tu.. kat luar
ujan lebat.. takkan aku nak keluar.. aku dengan muka macam kerang
busuk berkata,"Err.. bang boleh tulung hantar kat UTM tak?"


Abang tu pun... tak jawap apa-apa agaknya pasal masih tergamam lagi..
terus angguk.


Sepanjang perjalanan aku diam... abang tu pun diam... masing masing
masih gabra lagi.. Aku lagi lah gabra. EnTah kereta sapa saja aku main
redah. Aku malu.. bengang.. rasa muka aku dah di tepek-tepek dengan
taik... Aku berdoa semoga aku pengsan masa tu.. tapi sayang.. aku tak
pengsan pun.


Bila sampai kat destinasi... aku pun turun... lepas ucap terima kasih.
Sampai kat opis aku tunggu kakak yang sepatutnya ambil aku. Bila
kakak tu sampai dia tanya aku,


"Pergi naik apa? Kenapa tak tunggu?"


Maka aku citalah peristiwa yang sadis tu.... Ya Allah.. kakak tu
punyerlah gelak gila kat aku... Ishhh!!! Sungguh memalukan. Tapi itu
cerita
3tahun lepas... sekarang ni... Abang yang aku tumpang tu.. dah
jadi suami aku He..he..he..


Kekadang bila ingat balik.. ish.. malu sungguh. Suami aku pun kata
masa tu dia ingat aku nak rompak dia.... he..he.he.he. Aku pun tanya
Kenapa masa tu dia berenti kat depan rumah aku... Then.. dia kata
dia nak ambil beg duit kat seat belakang tu pasal dia berenti. Tapi tau tau aku pulak yang masuk..... He..he..he.. sampai sekarang ni.. dia masih ejek aku lagi pasal perisitwa kurang tu...


Tapi kalau peristiwa tu tak berlaku. Maybe aku tak jumpa lagi suami
aku yang sowang ini? ihiks!!


So, moral daripada cerita
ni : tumpang saja mana-mana balak yang ada kereta untung2
boleh buat laki.... muahahaaa  (if dpt jadi LAKI..if SEBALIKNYEE Haruuu.!!)

Goodbye 2010

Now that 2010 is over, we keep on thinking what happened last year - good and bad things. That is, if we can still remember what happened. As long as you have big brain, you can still retrieve old stories, experiences, news and happenings around you and elsewhere.

Tazkirah

TO LOVE SOMEONE IS NOTHING,
TO BE LOVED BY SOMEONE IS SOMETHING,
TO BE LOVED BY SOMEONE YOU LOVE IS EXCITING,BUT....
TO BE LOVED BY ALLAH IS EVERYTHING!!!

Tazkirah

NAFSU mengatakan wanita cantik atas dasar RUPANYA
AKAL mengatakan wanita cantik atas dasar ILMU DAN KEPANDAIANNYA
HATI mengatakan wanita cantik atas dasar AKHLAKNYA