Friday, February 26, 2010

SEJARAH MAULIDUR RASUL

Hari ini, 12 Rabiul Awal 1431 Hijrah bersamaan 26 Februari 2010, kita menyambut ulangtahun hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam) sebagai nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Baginda dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Hampir 1439 tahun dahulu.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

UCAPAN MAULIDUR RASUL

Tiada Harapan Selain ALLAH
Tiada Idola Selain NABI
Tiada Kata Seindah AL'QURAN
Tiada Jalan Selurus SUNNAH
Tiada Perjuangan Selain ISLAM

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

KITA AKAN HIDUP DAN MATI DENGAN PEGANGAN BAHAWA KITA ADALAH ORANG ISLAM YANG BERIMAN, YANG DITUNTUT MEMELIHARA KEISLAMAN DAN KEIMANAN DENGAN MENTAATI AJARAN-AJARAN ALLAH, DENGAN MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK, YANG BERTAQWA, IAITU SESUAI DENGAN FIRMAN ALLAH S.W.T, YANG BERMAKSUD:

" WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, BERTAQWALAH KEPADA ALLAH SEBENAR-BENAR TAQWA KEPADA-NYA; DAN JANGANLAH SEKALI-KALI KAMU MATI MELAINKAN DALAM KEADAAN BERAGAMA ISLAM.(SURAH AL-IMRAN AYAT 102) "

DENGAN SEMANGAT SEDEMIKIAN ITULAH KITA MELIHAT KEPENTINGAN AGAMA ITU SEBAGAI SUATU KEKUATAN YANG MERAPAT DAN MEMPERERATKAN JALINAN KEHIDUPAN SESAMA KITA

Thursday, February 25, 2010

Kemudahan program dan aktiviti

Pada tarikh Majlis Alumni SMVP itu nanti, Jawatankuasa perlaksana akan menyediakan kemudahan mengikut permintaan ahli seperti :

1.  Penginapan di Asrama disediakan cuma dikenakan sedikit fee untuk sumbangan pihak Sekolah sebanyak RM 5.00. cuma ahli kena bawa selimut, cadar dan sarung bantal. 2 buah Asrama disertakan untuk wanita dan lelaki. Dimana isteri dan anak perempuan ahli ditempatkan dalam satu asrama dan semua Lelaki dalam asrama lain. Biar mereka merasai suasana di SMTP Chenor.

2.  Ahli hendaklah memberitahu jumlah kehadiran keluarga yang akan hadir kerana  memudahkan Jawatankuasa Jamuan menyediakan hidangan. 

Edar Kad Jemputan

Semua bekas-bekas pelajar yang namanya ada dalam simpanan setiausaha Alumni SMVP tahunb 1973/1974 telah diedarkan kad jemputan melalui pos untuk Majlis pada 19 Mac 2010.

Sumbangan-sumbangan

Majlis Alumni SMVP Chenor telah menghantar surat kepada penderma-penderma dan juge kepada semua bekas-besar pelajar SMVP dari tahun 1972 sehingga tahun 1975. Ini bermakna kita akan joint kan kita punya senior dan junior bersama-sama dalam meraikan Majlis Makan Malam Alumni SMVP

Jemputan mantan Guru SMVP

Hinggakini seramai 5 orang mantan guru SMVP tahun 1973/1974 telah  hantar kad jemputan untuk Majlis Makan Malam Reunion Alumni pada 19 Mac 2010. Mereka adalah :  

1.Mr. K.Veerappan
2.Mr. Foo Chong Tee
3.Mr. Subramaniam
4.Mr. Eallapar
5.Mr. Joseph Low  

Saturday, February 6, 2010

Mulakan hari kita dgn nasihat menasihati...

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (susah)
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada

ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan.Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.
"(Surah Al-Ahzab:71)

sumbangan Ex-Student SMTP Chenor - Rosnyatimah Binti Buyong